Ahad, 24 Julai 2016

Kenali Mata kail/fishing Hook

Pengenalan 
Mata kail adalah sejenis alat yang digunakan untuk mencangkuk pada mulut ikan dengan kaedah memancing untuk memerangkap ikan tersebut. Mata kail telah digunakan selama berabad lamanya oleh pemancing air masin dan juga air tawar. Mata kail biasanya digunakan dengan diikat dengan sejenis tali yang dikenali sebagai tali tangsi. Terdapat perbagai jenis mata kail yang terdapat di dalam dunia memancing berdasarkan kepada saiz, rekaan, bentuk, dan bahan yang digunakan mengikut tujuan memancing yang tersendiri. Pembuatan mata kail dalam perbagai jenis keadaan adalah untuk memegang perbagai jenis umpan sama ada umpan hidup, umpan mati ataupun umpan tiruan. 

Sejarah 
Mata kail atau alatan yang seumpamanya telah dicipta selama beribu-ribu tahun dahulu. Mata kail terawal yang telah direkodkan adalah dari palestin dalam lingkungan 9000 tahun dahulu. Manusia telah mencipta mata kail dari perbagai bahan temasuk kayu, haiwan, tulang manusia, tanduk, kulit siput, batu, gangsa dan besi mengikut peredaran zaman sekarang. Dalam perbagai situasi sekarang, mata kail telah dicipta dengan perbagai bahan berlainan untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan mata kail tersebut. Mata kail berkualiti yang diperbuat daripada keluli telah mengambil alih pasaran pada tahun 1600an dan sehingga sekarang mata kail telah menjadi sejenis peralatan professional. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan